Bismillahirrahmanirrahim♥
~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~
Apa Itu Kifarah??
Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
panas..sejuk..tak selesa..pening.mual..ulang balek ke toilet..
itulah yang dialami selepas sahur tadi.huhu..memang menguji kesabaran..mula2..cb je..ntah berapa kali g toi tu..pas subuh lagilah meragam perot ni..mungkin salah makan kot..then..tengahari pulak..kena serang demam panas..uwaaa..dahla kat rumah orang demam ni datang..nasib baik umah Makde.. masa2 camni la rindu sangat an belaian mak..kalau kat rumah..komprem mak yang tolong jaga..*sedih2*
peneman pabila diri ini diserang encek Demam..
sebenarnya lama dah tak diserang encek Demam ni..huhu..mungkin ini kifarah namanya..
Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).
mungkin ini kifarah namanya..







