15.8.11

Surah Ar-Rum ayat 21..


Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

salam..









Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.



www.tips-fb.com

11.8.11

11 ramadhan 1432H

Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


salam..

pose x ari ni??alhamdulillah hari ni kita dah masuk hari ke-11 bulan Ramadhan..tadi ada iftar jam'iee di surau menu nasi ayam..ramai la student Kent datang coz makan free tu diseponsor oleh pihak Kent seminggu sekali jer hari Khamis..hoho..

now, baru balek dari meeting lajnah..lepas teraweh.xsmpat ikut tadarus arini..I jadi wakil je..sebab kak Tini kurang sihat..xceli tu meeting sal kem ibadah untuk next week..

tetiba pulak rasa nak luah perasaan dalam belog ni..lama tak meluah perasaan kat sini..salu entry sal jenjalan..sharing info..ni nak cerita pulak apa yg terbuku dalam perasaan sekarang ni..

now playing lagu menanti alam barzakh...sebak tol dengar lagu ni memang menusuk kalbu maksud ayat die..berulang2 kite dengar makin sebak pulak rasa sebab mengenangkan dosa2 kita ..Ya Allah..padaMU ku bersujud dan mohon keampunan..takutnya mengahadapi alam barzakh tu..di situ la kite dihisab..huhu..

jom  layan lagu ni..

Lagu yg menginsafkan setiap yg bergelar manusia.. Satu masa nanti, di situlah tempat kita. Tiada daya yg mampu mengelak dari sakaratul maut. Mampukah kita bayangkan betapa kuatnya suara malaikat Munkar dan Nakir? Mampukah kita menghadapinya?



Menanti di Barzakh

by Far East 



Ku merintih, aku menangis,

Ku meratap, aku mengharap,

Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan


كُلٌّ نَفسٍ ذَائِقَةُ الْمَوت..
Setiap yg bernafas pasti akan merasai mati..

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة..
Ya Allah, matikanlah kami dengan husnul khotimah. Janganlah Engkau matikan kami dengan su-ul khotimah..


www.tips-fb.com

kisah jejaka British itu..


Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~








Seorang lelaki British dtg kpd seorang Muslim dan bertanya, 


“Kenapa wanita Islam x dibenarkan berjabat tangan lelaki?”

Muslim itu bertanya kembali, “Bolehkah kamu bersalam dengan Queen Elizabeth?”



Lelaki itu menjawab, “Sudah tentu tidak, hanya org tertentu sahaja dibenarkan utk bersalam Queen Elizabeth.”


Muslim itu tersenyum lalu berkata. “Wanita muslim adalah ratu dan ratu tidak bsalam dengan lelaki asing." ^__^






www.tips-fb.com

8.8.11

Ramadhan oh Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~



Salam..










www.tips-fb.com

7.8.11

mungkin ini kifarah namanya..

Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

Apa Itu Kifarah??
Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
panas..sejuk..tak selesa..pening.mual..ulang balek ke toilet..

itulah yang dialami selepas sahur tadi.huhu..memang menguji kesabaran..mula2..cb je..ntah berapa kali g toi tu..pas subuh lagilah meragam perot ni..mungkin salah makan kot..then..tengahari pulak..kena serang demam panas..uwaaa..dahla kat rumah orang demam ni datang..nasib baik umah Makde.. masa2 camni la rindu sangat an belaian mak..kalau kat rumah..komprem mak yang tolong jaga..*sedih2*


peneman pabila diri ini diserang encek Demam..

sebenarnya lama dah tak diserang encek Demam ni..huhu..mungkin ini kifarah namanya..

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).



www.tips-fb.com

6.8.11

MKI oh MKI

Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

perasan x lama dah bersarang belog ni..seminggu lebih tak hapdet tuuu..sebab tuan punyer belog ni agak bizi minggu lepas..kalah PM tau..heheh..nak tau tak apa yang buat tuan belog ni busy??? jeng jeng jeng..

sebab...

di cibuk dengan MKI ni..maklumlah AJK dokumentasi..banyak mende nak didokumentasikan..eheh..takdelah byk sgt pon,,snap2 gambar then pilih yang lawa2 pastu publish die dengan buat video..buat video ni yang amek masa byk bukan ape..nak plih gmba satu hal hal yang paling besa ialah bila dah nak siap tu..lame sesangat loading..huh..nasib baik dapat jugak ditayangkan masa tu..ALhamdulillah..

eh..lupe pulak nak gtau..pe MKI tu?? mesti biasa dengar kan..ok2..straight kite gtau je la..MKI stand for Minggu Kesenian Islam..tema MKI tahun ni ialah Al-Quran Pemangkin Wahdah Kecemerlangan..pelbagai pertandingan diadakan semasa MKI..antaranya prtnadingan tilawah Al-Quran, Hafazan, menulis cerpen, deklamasi sajak, syarahan agama, nasyid, menulis khat dan busana muslim serta muslimah..ok then..jom kita usha gambar2 yang diambil sepanjang program tersebut..



**********



*****


***



*




-Pertandingan Tilawah dan Hafazan-



-Pertandingan Nasyid Muslimat-

*sebelum tu pertandingan Busana Muslimah diadakan*
tapi gambar takleh dipublish..ngeee..

then, 

-Pertandingan Menulis Khat-







-Pertandingan Nasyid Muslimin-



 - Pertandingan Busana Muslim-

pelbagai fesyen pakaian dan gaya dipersembahkan oleh pelajar muslimin..



-Jualan Hebat-

selain itu, terdapat jugak jualan hebat diadakan..aha..macam2 ada..

kepada semua pemenang..tahniah diucapkan yer..pada peserta yang lain ..
dun wori,,tahun depan cuba lagi ok..chill..


dun give up!

p/s : semoga MKI tahun depan banyak lagi xtvt dan pertandingan diadakan..:) 

sekian sahaja laporan MKI tahun ini..lalala..



www.tips-fb.com

3.8.11

Wordless Wednesday : 6 #WW

Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~



Salam semua..


www.tips-fb.com

♥Macam-macam ada nie..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Copyright © Semua yang tercoret adalah hak milik ♛ Princess Cahaya Harapan ✿