29.4.11

Cinta Sang Marikh dan Sang Zuhrah

Bismillahirrahmanirrahim

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


Salam..

pernah tak korang dengar benda ni..

"Men are from Mars, women are from Venus"




Saya ingin memetik anologi yang menarik berkenaan cinta daripada John Gray yang menceritakan mengenai ketidaksamaan ini. Secara analoginya, lelaki berasal dari planet Marikh, manakala wanita pula berasal dari planet Zuhrah. Sebelum ini mereka hidup dalam puak masing-masing. Mereka ditakdir berjumpa dan akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain. Tarikan yang wujud dan kepercayaan bahawa mereka mampu bahagia telah membuatkan pasangan ini mengambil keputusan untuk hidup bersama.


Mereka kemudiannya mula hidup sebagai pasangan dan membina kehidupan yang bahagia di bumi. Sedikit demi sedikit mereka berusaha membina keluarga bahagia yang diingini. Setelah menetap lama di bumi, mereka mula melupakan asal-usul kisah sendiri. Mereka lupa bahawa mereka sebenarnya berbeza antara satu sama lain. Mereka adalah berlainan sejak awalnya kerana datang dari planet yang berbeza. Perkara ini seterusnya mencipta konflik. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah sama satu sama lain. Namun begitu yang pasti, tanggapan mereka salah.


Sang Marikh mahu dirinya difahami. Tetapi bahasa cinta ini tidak dapat difahami oleh Sang Zuhrah. Sang Marikh cuba menjauhkan diri untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Kelakuan yang dilakukan oleh Sang Marikh membuatkan Sang Zuhrah menyangka bahawa pasangannya telah berubah. Begitu juga yang berlaku pada Sang Zuhrah. Kod yang ada padanya membuatkan dia mahu selalu ditemani. Dia mahu Sang Marikh sentiasa bersamanya. Namun begitu, Sang Marikh bertindak membiarkannya keseorangan apabila sesuatu masalah berlaku. Sang Marikh percaya bahawa dengan membiarkan Sang Zuhrah untuk sementara waktu akan memberi ruang dan kelegaan kepadanya. Tetapi anggapan Sang Marikh silap!
Jangan Lupa Perbezaan Kita!
Kita selalu membuat kesilapan bahawa cara pasangan kita berfikir, bertindak adalah sama seperti kita. Kita menyangka bahawa cara mereka bercinta adalah sama seperti kita bercinta. Kesannya, apabila pasangan kita melakukan sesuatu tabiat yang berlainan dengan tabiat 'normal', membuatkan kita berfikir bahawa terdapatnya masalah dalam hubungan itu. Sebenarnya adalah tidak!
Bahasa cinta Sang Zuhrah adalah tidak sama dengan Sang Marikh. Sang Marikh merupakan seorang yang suka menyendiri apabila terdapat masalah. Apa yang diperlukannya adalah ruang untuk berfikir sebelum kembali kepada Sang Zuhrah berbanding Sang Marikh. Dia mahu ada orang di sisi untuk membelainya dalam proses memenuhi kod emosinya.  


Tetapi, disebabkan kegagalan untuk memahami bahasa cinta yang berlainan, mencetuskan konflik. Sang Marikh sentiasa menyalahkan Sang Zuhrah kerana tidak memberi ruang padanya. Sang Zuhrah pula menyalahi Sang Marikh kerana Sang Marikh sering tidak ada dan meminggirkannya. Pergaduhan berlaku dan akhirnya berlaku kes lebih teruk lagi iaitu perpisahan. Hal ini gara-gara Sang Zuhrah dan Sang Marikh lupa pada asal usul pasangan dan diri mereka. Mereka menganggap diri mereka  adalah sama tetapi sebenarnya  berbeza disebabkan datang daripada planet yang berlainan.
Kesimpulannya, jangan dilupakan perbezaan yang ada pada diri. Kita adalah unik dan sudah tentu cara pemikiran adalah berbeza. Namun begitu, ianya dapat difahami dengan memahami bahasa cinta pasangan. Satu nasihat yang dikongsi oleh John Gray adalah sentiasa mengingati kita adalah berbeza.


wallahualam...

source: ILUVISLAM

kalau nak lebih lagi,,tekan INI

www.tips-fb.com

saya jeles dengan awak...

Bismillahirrahmanirrahim ♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..



salam...selamat tengah malam..


saya nak cakap yang sangat jeles dengan awak tau..


awak ni buat saya jeles..


jeles saya dibuat awak..


awak tu ialah..


nahhh..




ashraf muslim dah tunang..jeles..jeles..


tak ada la,,gimik jer..sebenarnya..jeles sangat dengan DORA ini..


sebabnya...nahhh..tengok tuuu..



tak pa tak hapa..

kita guna petua awet muda senyum selalu jer,, 

=]







www.tips-fb.com

27.4.11

Allah won't ASK you..


Bismillahirrahmanirrahim ♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

salam~

Someone sent me this…




ALLAH WON’T ASK

1. Allah won’t ask what kind of car you drove, but will ask how many people
you drove who didn’t have   transportation.

2. Allah won’t ask what your highest salary was, but will ask if you
compromised your character or morals  to obtain that salary.

3. Allah won’t ask the square footage of your house, but will ask how many
people you welcomed into your home.

4. Allah won’t ask about the fancy clothes you had in your closet, but will
ask how many of those clothes  helped the needy.

5. Allah won’t ask about your social status, but will ask what kind of class
you displayed.

6. Allah won’t ask how many material possessions you had, but will ask if
they dictated your life.

7. Allah won’t ask how much overtime you worked, but will ask if you worked
overtime for your family and  loved ones.

8. Allah won’t ask how many promotions you received, but will ask how you
promoted others.

9. Allah won’t ask what your job title was, but will ask if you performed
your job to the best of your ability.

10. Allah won’t ask what you did to help yourself, but will ask what you did
to help others.

11. Allah won’t ask how many friends you had, but will ask how many people
to whom you were a true friend.

12. Allah won’t ask what you did to protect your rights, but will ask what
you did to protect the  rights of others.

13. Allah won’t ask in what neighborhood you lived, but will ask how you
treated your neighbors.

14. Allah won’t ask about the color of your skin, but will ask about the
content of your character.

15. Allah won’t ask how many times your deeds matched your words, but will
ask how many times they didn’t.




Don’t ask what Allah has done for you, but ask what you’ve done for Allah

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: “Rasulullah bersabda : “Siapa saja yangdikehendaki Allah menjadi orang baik, maka diberikan cubaan kepadanya.” (HR.Bukhari)

sykran yer... :]

Ok..jangan malu2 untuk kelik2 saya punya HeartBeat ok..




www.tips-fb.com

TQ kepada cik Sushi ..

Bismillahirrahmanirrahim ♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


salam...


ucapan jutaan terima kasih kepada cik sushi sebab ajar camne nak buat benda ni..






selalunya kita amik widget cam ni kat sini ja kan..tapi sekarang..korang suma boleh buat sendiri widget tu..hihi..kalau nak tutorial die..klik blog cik sushi kite ni..aka cik Zureen comey..:)


ZUREEN..SYUKRAN YE AWAK.. :] 





www.tips-fb.com

26.4.11

nak cantek tak girls kat luar sana??

Bismillahirrahmanirrahim ♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..

Salam sahabat blogger n all da readers...

cape kat cini nak comey2..cantek belake..
sila angkat tangan macam caye k..
eh..salah..sila baca entry caye ini..ehehe..


10 LANGKAH MENUJU WANITA CANTIK
 1. Ya, dengan senyum cantik anda yang membangkitkan rasa cinta dan menebar kasih sayang kepada orang lain.

2. Ya, dengan tutur kata baik anda yang dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syariat dan menghapus semua rasa dengki.

3. Ya, dengan ketulusan derma anda yang dapat membahagiakan orang miskin, menggembirakan orang fakir, dan mengenyangkan orang yang lapar.

4. Ya, dengan duduk manis bersama Al-Quran seraya membaca, merenungi makna, mengamalkan kandungannya, bertobat, dan memohon ampun kepada-Nya

5. Ya, dengan banyak dzikir, memohon ampun, rajin berdoa dan suka memperbaharui tobat.

6. Ya, dengan mendidik anak-anak anda untuk mendalami agama, mengajari mereka sunnah dan membimbing mereka kepada hal-hal yang berguna bagi mereka.

7. Ya, dengan rasa malu dan jilbab seperti yang diperintahkan Allah kepada anda sebagai sarana memelihara diri dan kehormatan anda.

8. Ya, dengan berteman bersama wanita-wanita yang baik dari kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada Allah, menyukai pengamalan agama, dan menghormati norma-norma etika.

9. Ya, dengan berbakti kepada kedua orang tua, bersilaturahim, menghormati tetangga dan menjamin anak-anak yatim.

10. Ya, dengan membaca buku-buku yang bermanfaat, menelaah bacaan yang berguna, maka hal itu benar-benar merupakan hal yang amat menyenangkan lagi memberikan informasi yang benar



ok tak??jom kita try our best nak cantek ni..bukan cantek pada pandangan manusia sajer..tapi apa yang penting cantek pada pandangan Maha Pencipta kita..




kalau comey..klik2 saya punya heartbeat k..:)



www.tips-fb.com

lelaki di luar sana..wajib baca INI..

Bismillahirrahmanirrahim ♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..


KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH 
AL QURAN DAN AL HADIS



  1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw. 
  2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
  3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
  4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt. 
  5. Ikhlas dalam beramal. 
  6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya. 
  7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya. 
  10. Solat malam menjadi kebiasaannya. 
  11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt 
  12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
  13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka. 
  14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya. 
  15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan. 
  16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapimanusia, sentiasa saling menegur sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
  17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
    1.  




www.tips-fb.com

25.4.11

sapa suke baca novel??? novel pe paling best ?? n wat da latest one??

sapa suke baca novel??? novel pe paling best ?? n wat da latest one??

Answer here

www.tips-fb.com

Jangan engkau kahwini wanita yang enam...enam itu adalah...


Bismillahirrahmanirrahim ♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..


Nasihat Imam Al-Ghazali

Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah”.

  • Wanita Ananah 
Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
  • Wanita Mananah 
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan; “Aku membuat itu keranamu”.
  • Wanita Hananah 
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
  • Wanita Hadaqah 
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
  • Wanita Baraqah 
Terdapat dua makna; pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.
  • Wanita Syadaqah 
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

nauzubillah..doa mohon kepada Allah agar kita tidak tergolong dalam kategori wanita enam itu...amiin..Ya Rabb..




Ok..jangan malu2 untuk kelik2 saya punya HeartBeat ok.






www.tips-fb.com

♥Macam-macam ada nie..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Copyright © Semua yang tercoret adalah hak milik ♛ Princess Cahaya Harapan ✿