Bismillahirrahmanirrahim♥
~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~
Salam...
Tengah2 cek chat dalam shoutbox tu tertarik soh bukak link cikgu blogger..then, da satu entry yang amat menarik saya untuk mengejoin bnda alah tu..hehe..iaitu segmen "saya pelajar IPG". Segmen ini khas buat untuk mereka yang bakal menjadi guru pada masa hadapan.. wiwiwi..termasukla I..Segmen ini dibuat oleh BPM..Klik SINI
Before that..da terms n condition dia taw..
Buat satu entri yang menarik. dalam entri tersebut harus ada:
- Tajuk entri "Saya Pelajar IPG ...... "(nyatakan tempat anda belajar)
- Link blog ini
- Gambar anda bersama rakan sekelas
- Nyatakan apa kursus anda ambil dan anda akan menjadi guru subjek apa nanti..
- Ceritakan pengalaman manis dan pahit sepanjang belajar untuk menjadi guru.. dan apakah perubahan yang anda mahu buat dalam sistem pendidikan negara sekarang ni? (wajib jawab ye)
Saya Pelajar IPG Kampus Kent, Sabah
sebelum tu nak jawab soalan dr BPM..IPG n maktab perguruan tu sama ja..dulu namanya maktab perguruan tapi sekarang dah upgrade lagi jadi Institut Perguruan Guru Malaysia..aka IPGM..then, dulu cuma ditawarkan program diploma ja..sekarang dah ada Degree punya..
logo IPG Kampus Kent..:)
tak tahu kat mana KENT..nah, ini peta lokasi IPG Kampus Kent..ngee~
gambar diambil masa Riang Raya Kent 2009..PPISMP PAI Sem 1 2009
Kursus apa yang diambil ???
Saya budak baru belajar..pelajar PISMP PAI Sem 1 2011..
sekarang ni dok ambil degree dalam Pengajian Islam..
bakal menjadi معلمة..
iaitu guru Pendidikan Islam sekolah rendah..aka Ustazah..Insyaallah..
doakan yer~
Pengalaman Manis dan Pahit
Sepanjang Belajar di IPG???
um..banyak jugak pengalaman yang diperolehi kat Ip ni walaupun baru setahun jagung masuk Kent. Pengalaman cukup berharga bak kata orang kita belajar melalui pengalaman..kan2..
antara pengalaman manis saya di sini ialah saya berjumpa dengan kawan2 yang sangat caring..Alhamdulillah, sekelas saya tu dah macam family..nama family kami ialah Kayangat tapi sekarang dah tuka pulak sebab dah pindah kelas baru nama dier Wasaii..hehe..ape2 pon nama tetap kami ialah Al-Pai.
ok..sekarang I cerita dengan gambar ja ok..
~mula2 dulu kami in charge Majlis Berbuka Puasa dan
Makan Malam Bersama Pengarah~
~Sesi Tutorial bersama tutor~
~Usrah Kelas di Pantai Tanjung Aru~
~GERKO Bola Tampar~
Riang Raya Kayangat...
kami beraya ke rumah kawan-kawan dan lecturer yang dok Sabah
~Kami sentiasa bersama~
~LOVE..US~
~Kami Saling Memerlukan~
Perubahan Dalam Sistem Pendidikan
Yang Diinginkan??
Sebagai bakal guru agama aka ustazah, saya berharap sistem pendidikan
di Malaysia ini dirombak balik..buku-buku teks Pendidikan Islam di format lagi
dan ditambah lagi isu semasa di dalamnya ..agar pelajar tahu dan peka terhadap isu berkenaan..
Bagi sistem pendidikan Islam di Malaysia ini pula hendaklah ditambah waktu period dalam seminggu..
Selain itu pula, sistem pendidikan juga perlu diubah bukanlah hanya mementingkan akademik semata-mata
tapi mengambil kira terhadap JERIS..guru-guru perlu peka terhadap potensi pelajarnya..
wassalammm~