31.1.11

Ceritera Bina Insan Guru 1: Part 2-Mengembara

Bismillahirrahmanirrahim ♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


salam~

Ini entry bersambung..

sambungan dari entry sebelum ni..

check it out..


K.A.M.I

1) Mengembara..mengembara..mengembaraa~



berbaris dulu..kami kumpulan belakang sekali..huhu..



2) Bermain lumpur..di sawah padi..~




kami bermandi lumpur..pelbagai jenis halangan yang kami harus lalui ..
memang tak dinafikan .. lumpur tu becak yang teramat..
sampaikan kasut pon melekat..nasib baik ada orang tolong..
huhu,,TQ kawan2..



4) Ikhtiar hidup di hutan...kamilah pengembara..huhu




dah sampai kat hutan amazon...
hehe..kami dibagi masa untuk masak 3 jenis makanan wajib
-ubi keledek
-tepung putar
-telur masak bawah tanah dan telur masak atas daun..



tadaa..siap hias lagi..ngee~

to be continue...

www.tips-fb.com

30.1.11

Ceritera Bina Insan Guru 1: Part 1

Bismillahirrahmanirrahim ♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


salam~
apa kabar semua?
chat?harap2 semua sihat-sihat belaka yer..

bermusim sudah tidak diupdate belog ini..almaklumla..tuan punya belog agak kebizian semenjak dua menjak ni..Ini ada entry terbaek punya,,yang terbaek semestinya dari ladang..ngee~ tak lain tak bukan entry berkaitan dengan BIG..apa itu big murid-murid?aritu kan dah gtau..BIG stand for Bina Insan Guru..

BIG 1 ni kami camping..kmi kumpulan siri 2 sebab terlalu banyak unit dalam batch kmi, so kmi semua ada 2 siri,,saya siri kedua..PISMP PAI, PJ n SN bergabung..kumpulan siri pertama dah minggu lepas iaitu group BM, KS n TESL..

Ceritera BIG part 1:

K.A.M.I
group 3
siri II
Chin Woo
The Legend of Peace..


++Amalina, Izyan, Farizya, Balqis++
++Pak Tam, Teves, Azuan, Bawang, Mazlan, Pui++




Ini Chin Woo..
COOL!




  mereka budak rajin


mendirikan khemah..
alhamdulillah..khemah akhirnya berjaya didirikan..
masa dulu harapkan boy jer..sekarang..kami pon boleh..hehe..



buat longkang untuk memudahkan sistem perparitan..takut hujan then banjerrr..



Menu: kacang panjang dan ikan goreng

dalam program BIG ini,
 pelatih masak sendiri..dalam kumpulan..semua berdikari..
bahan-bahan semua dah disediakan dalam kumpulan..menu juga dibagi..
yang tinggal..hanya masak ja..jadi,, itulah hasilnya..kami masak sama-sama..



lepas tue, ada briefing bantu mula
ingat..dalam perkhemahan..apa yang penting..kerjasama..
eh2..ye..kerjasama..tapi yang utama ialah
KESELAMATAN..


aktiviti kerohanian..



to be continue...
www.tips-fb.com

25.1.11

It's a BIG day tomorow bah!

Bismillahirrahmanirrahim ♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


salam~

sedar tak..esok hari membesarkan diri..It's a BIG day tomorrow u know?
BIG is stand for Bina Insan Guru..jangan salah paham anda ya. bukan BIG=Besar..
tu short form untuk satu program wajib yang dalam kurikulum IPGM ..hehe..
untuk semester kamiorang BIG berkonsepkan camping..gumbira nya..dapat keluar bercamping..
ahaha..satu part yang tak suka kalau camping or ikut perkhemahan ini..
nak tahu apa?hmm..part yang disiplin tu mesti KETAT..nahh..takotnyerr..


kalau nak bercamping tue..opcoz la banyak barang nak beli kan..hmm..guna duit lagi..
dah la hencek Elaun lom agi keluar ni..huhu..walaupon duit seciput agi tinggal..ecece..cian tak?
hmm..p la jugak OneBorneo.suping2..bukan shopping ok,,ni suping jah. beli barang yang patot..
barang keperluan aja..bukan barang kehendak..^-^


barang-barang keperluan itu...


Ms. Glovvy

em, napa beli Glove?
sebab masa camping nanti mesti lasak..so paham2 la kan..
so, wajib bawak Ms Glovvy ini.. =]

pastu..

agenda seterusnya adalah packing mempacking baghang2..



kite bawak dua beg kecik ja ok 3 hari 2 malam jer..
hencek teddy tak bawak pon..


Mr PINK nak ekot camping jugak ker??


bye2 family Bear...


harap-harap masa BIG tu semua berjalan dengan lancar 
dan tak da benda yang tak elok berlaku,,Aminn..
cuma sekarang ada masalah sikit dengan peraturan masa kem tu..
hope suma dapat dipertimbangkan.. :[

www.tips-fb.com

23.1.11

Kisah Mata Ibuku



Bismillahirrahmanirrahim ♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

Salam~

to all readers...

Ini Kisah "Mata Ibuku" yang diadptasi dari video Arab..sedih sangat.. :(


gambar dari Fb Alfaridzi


Ibuku hanya memiliki satu mata. Aku membencinya sungguh memalukan. Ia menjadi juru masak di sekolah, untuk membiayai keluarga.

Suatu hari ketika aku masih SD, ibuku datang. Aku sangat malu. Mengapa ia lakukan ini? Aku memandangnya dengan penuh kebencian. Keesokan harinya di sekolah “Ibumu hanya punya satu mata?!?!” Ieeeeee, jerit seorang temanku. Aku berharap ibuku lenyap dari muka bumi. Ujarku pada ibu, “Bu, mengapa Ibu tidak punya satu mata lainnya? Kalau Ibu hanya ingin membuatku ditertawakan, lebih baik Ibu mati saja!!!” Ibuku tidak menyahut. Aku merasa agak tidak enak, tapi pada saat yang bersamaan, lega rasanya sudah mengungkapkan apa yang ingin sekali kukatakan selama ini. Mungkin karena Ibu tidak menghukumku, tapi aku tak berpikir sama sekali bahwa perasaannya sangat terluka karenaku.

Malam itu... Aku terbangun dan pergi ke dapur untuk mengambil segelas air. Ibuku sedang menangis, tanpa suara, seakan-akan ia takut aku akan terbangun karenanya. Aku memandangnya sejenak, dan kemudian berlalu. Akibat perkataanku tadi, hatiku tertusuk. Walaupun begitu, aku membenci ibuku yang sedang menangis dengan satu matanya. Jadi aku berkata pada diriku sendiri bahwa aku akan tumbuh dewasa dan menjadi orang yang sukses.

Kemudian aku belajar dengan tekun. Kutinggalkan ibuku dan pergi ke Singapura untuk menuntut ilmu. Lalu aku pun menikah. Aku membeli rumah. Kemudian akupun memiliki anak. Kini aku hidup dengan bahagia sebagai seorang yang sukses. Aku menyukai tempat tinggalku karena tidak membuatku teringat akan ibuku. Kebahagian ini bertambah terus dan terus, suatu ketika ... Apa?! Siapa ini?! Itu ibuku. Masih dengan satu matanya. Seakan-akan langit runtuh menimpaku. Bahkan anak-anakku berlari ketakutan, ngeri melihat mata Ibuku. Kataku, “Siapa kamu?! Aku tak mengenal dirimu!!” Untuk membuatnya lebih dramatis, aku berteriak padanya, “Berani-beraninya kamu datang ke sini dan menakuti anak-anakku! !” “KELUAR DARI SINI! SEKARANG!!” Ibuku hanya menjawab perlahan, “Oh, maaf. Sepertinya saya salah alamat,” dan ia pun berlalu. Untung saja ia tidak mengenaliku. Aku sungguh lega. Aku tak peduli lagi. Akupun menjadi sangat lega.

Suatu hari, sepucuk surat undangan reuni sekolah tiba di rumahku di Singapura. Aku berbohong pada istriku bahwa aku ada urusan kantor. Akupun pergi ke sana . Setelah reuni, aku mampir ke gubuk tua, yang dulu aku sebut rumah... Hanya ingin tahu saja. Di sana , kutemukan ibuku tergeletak dilantai yang dingin. Namun aku tak meneteskan air mata sedikit pun. Ada selembar kertas di tangannya. Sepucuk surat untukku. “Anakku... Kurasa hidupku sudah cukup panjang.. Dan... aku tidak akan pergi ke Singapura lagi... Namun apakah berlebihan jika aku ingin kau menjengukku sesekali? Aku sangat merindukanmu. Dan aku sangat gembira ketika tahu kau akan datang ke reuni itu. Tapi kuputuskan aku tidak pergi ke sekolah. Demi kau... dan aku minta maaf karena hanya membuatmu malu dengan satu mataku. Kau tahu, ketika kau masih sangat kecil, kau mengalami kecelakaan dan kehilangan satu matamu. Sebagai seorang ibu, aku tak tahan melihatmu tumbuh hanya dengan satu mata. Maka aku berikan mataku untukmu. Aku sangat bangga padamu yang telah melihat seluruh dunia untukku, di tempatku, dengan mata itu. Aku tak pernah marah atas semua kelakuanmu. Ketika kau marah padaku... Aku hanya membatin sendiri, “Itu karena aku mencintaimu” Anakku! Oh, anakku!”


p/s: Janganlah Menderhaka kepada ibu kita kerana syurga ditelapak kaki ibu..anak yang baik adalah anak yang mendengar kata

www.tips-fb.com

Gurau Senda dan Agama

Bismillahirrahmanirrahim ♥


~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


salam~

Alhamdulilah..segala puji bagi Allah yang masih memelihara kita dalam nikmat iman dan Islam.. terasa banyaknya dosa yang menyelaputi diri, tetapi masih lagi diberi peluang dari Ya Rabbi untuk merasai manisnya keampunan dan taubat dariNya...
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya. “          (Surah al-Waqi’ah:35-37).



Sebahagian orang mempunyai sangkaan yang salah bahawa Islam mengharamkan senda gurau, keceriaan dan ketawa. Sebahagian yang lain pula menganggap bahawa orang yang berpegang teguh pada agama tidak ketawa, tidak girang, tidak bergembira dan tidak berjenaka dengan orang lain kerana kehidupannya penuh kesungguhan.


Sudah fitrah manusia suka bergurau. Orang kata gurau tu pemanis dalam kehidupan. kalau tak ada senda gurauan ni macam xsedap ja perencah dalam kehidupan ni. Betul tak? Tapi, Kita harus ingat, dalam bergurau pon ada batasnya.




Namun, bergurau yang dibolehkan dalam Islam ialah gurau senda yang sederhana, yang tidak membawa kepada perseteruan, permusuhan dan cemuhan. Islam telah menggariskan beberapa langkah dalam perkara  ini :

  • Gurau senda tersebut tidak mengandungi bentuk atau cirri-ciri dusta dan mengada-adakan sesuatu.
  • Tidak membawa kepada sikap menghina dan memperolok-olokkan orang lain.
  • Tidak menyinggung perasaan kaum Muslimin.
  • tiada unsur mempermaikann perkara yang serius dan tidak membuat orang lain ketawa dalam perkara yang seharusnya memnyebabkan mereka menangis.
  • Gurauan itu perlulah dalam batasan-batasan yang munasabah dan dalam batasan yang sederhana dan seimbang.



www.tips-fb.com

22.1.11

Ayah..Saya nak kawen!



Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

Salam~
nak cerita ni..saya nak kawen la..bole tak..bole la..huhu...oppps..


Anak : Ayah, Saya nak kahwin!

Ayah : Apaaaaa, kahwin????? kamu kan baru berusia 10 tahun.

Anak : Biarlah, asalkan kahwin.

Ayah : Emm..ye la-ye la. Kamu dah ada calon ke ?

Anak : Ada. Saya nak kahwin dengan nenek.

Ayah : La.... kamu tidak boleh kahwin dengan Ibu Ayah.

Anak : Siapa kata? Ayah boleh pula kahwin dengan Ibu Saya.

tweeeewww..



www.tips-fb.com

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak? Dan memang Salah Kalau Lelaki Tak Tahu Nak Jadi Imam..!

Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


Salam~

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?




Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.cJangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi IMAM.




Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'QUEEN CONTROL'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!



jadi..kedua-dua pasangan hendaklah sama-sama bertolak ansur ya.. ^-^


www.tips-fb.com

Ini Tips Nak Nikah

Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

salam~
siapa yang berhasrat nak bernikah di sini???
sapa tak nak kan..dalam Islam pon ada menerangkan nikah itu adalah sunnah Rasulullah SAW

“Nikah itu adalah sunnatku, maka barangsiapa yang benci kepada sunnatku, nescaya telah membenci aku.”




Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BDAI MENIMPA DALAM RUMAH TANGGA 
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUNDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


Ya Allah... Jadikanlah hati ini sebagai hati yang selalu hanya cinta dan rindu akan rahmat dan kasih sayang-Mu. Dan jadikanlah rahmat dan kasih sayang-Mu sebagai naungan di dunia dan di akhiratku. Amiiin~


www.tips-fb.com

21.1.11

Hati Manusia Siapa Yang tahu

Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

salam..

-lain dulang lain kaki, lain orang lain hati
-lain udang lain garamnya, lain orang lain ragamnya
-lain ikan, lain airnya
-lain pokok, lain tanahnya





suma lain-lain kan? begitu jugak insan bergelar manusia di muka bumi ini..
Bincang soal hati ni payah kan..hati ini susah nak jaga..apatah lagi jaga hati orang..
emm..main point kat sini ialah..Berhati-hati dengan hati..
hati kita ni tak siapa yang tahu bak kata orang tua-tua..
"rambut sama hitam tapi hati lain-lain" camna hati lain-lain tue?
huhu..kita sendiri paham la kan..mustahil ada yang tak paham kan..

apa-apa pon..dengar ini ungkapan dipetik dari ILOVEISLAM

Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda
Biar seganas mana badai MASALAH menghempas
Tanamkanlah sauh KETETAPAN IMAN
Agar tidak berganjak HALUAN..
.



sekadar gambar hiasan


www.tips-fb.com

19.1.11

Di Atas Satu Cinta

Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


salam..
pernah tak dengar lagu Di Atas Satu Cinta??
lirik lagu tu best sangat ..
maksud yang sangat mendalam..
I admit..Im in love..
eppp..eppp..not fall in love wif sumone else ok..
in love wif our Creator, Muhammad The Messenger, parents n family...
n F.r.i.e.n.d.s...
so, I dedicate this song to my Love.. :)



Di Atas Satu Cinta 
by Indah Dewi Pertiwi

Jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu di hatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu di hatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu di hatiku


www.tips-fb.com

40 kes lelaki tak layak jadi husband

Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

salam..
orang kata sharing is caring kan..apa kata entry ni saya nak kongsi satu artikel ni yang saya jumpa dalam group member Bincang Agama dalam Facebook..saya sangat tertarik menarik dengan artikel berkenaan..nak tau?

ok..jom baca sama-sama dan renungkan ya..

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap ‘mahu’ walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan “maknyah”.

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya… Rupa2nya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah… walaupun saya sedang sarat mengandung..

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata ‘takde duit’. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana ‘lemaknya’.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi ‘bersangkak’ .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami ‘hilang’ itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena ’serkup’ waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi “jaga”.. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda… sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam… mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata…

40.. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu ‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

tengok..nak tak korang cari cam disebut kat atas..nauzubillah..mestilah kita nak cari yang boleh bimbing kita kan dan memberi kebahagian di dunia dan akhirat..wiwiw..so, sama-samalah kita doa agar kita dijodohkan dengan orang yang boleh menjadi Imam kita dalam solat, membimbing kita ke jalan yang benar dan sama-sama menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat..amiin~





credit to: ROS BIRU
www.tips-fb.com

♥Macam-macam ada nie..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Copyright © Semua yang tercoret adalah hak milik ♛ Princess Cahaya Harapan ✿