~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~
salam~
Alhamdulilah..segala puji bagi Allah yang masih memelihara kita dalam nikmat iman dan Islam.. terasa banyaknya dosa yang menyelaputi diri, tetapi masih lagi diberi peluang dari Ya Rabbi untuk merasai manisnya keampunan dan taubat dariNya...
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya. “ (Surah al-Waqi’ah:35-37).
Sebahagian orang mempunyai sangkaan yang salah bahawa Islam mengharamkan senda gurau, keceriaan dan ketawa. Sebahagian yang lain pula menganggap bahawa orang yang berpegang teguh pada agama tidak ketawa, tidak girang, tidak bergembira dan tidak berjenaka dengan orang lain kerana kehidupannya penuh kesungguhan.
Sudah fitrah manusia suka bergurau. Orang kata gurau tu pemanis dalam kehidupan. kalau tak ada senda gurauan ni macam xsedap ja perencah dalam kehidupan ni. Betul tak? Tapi, Kita harus ingat, dalam bergurau pon ada batasnya.
Namun, bergurau yang dibolehkan dalam Islam ialah gurau senda yang sederhana, yang tidak membawa kepada perseteruan, permusuhan dan cemuhan. Islam telah menggariskan beberapa langkah dalam perkara ini :
- Gurau senda tersebut tidak mengandungi bentuk atau cirri-ciri dusta dan mengada-adakan sesuatu.
- Tidak membawa kepada sikap menghina dan memperolok-olokkan orang lain.
- Tidak menyinggung perasaan kaum Muslimin.
- tiada unsur mempermaikann perkara yang serius dan tidak membuat orang lain ketawa dalam perkara yang seharusnya memnyebabkan mereka menangis.
- Gurauan itu perlulah dalam batasan-batasan yang munasabah dan dalam batasan yang sederhana dan seimbang.






0 sayang saya♥:
Post a Comment