Showing posts with label ♥ iluvislam~. Show all posts
Showing posts with label ♥ iluvislam~. Show all posts

5.6.14

Istikharah CINTA

Bismillahirrahmanirrahim♥ 

 ~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


Salam..i'm reading this book right now...

I S T I K H A R A H   C I N T A



Manusia sering menghadapi dilema dan kesulitan dalam membuat pilihan...

Tersilap langkah, keputusan yang dipilih menjadikan situasi menjadi lebih sukar.

Tepat memilih pula, membuatkan hati menjadi teruja dan lega, sehingga kadangkala terlupa,

itu semua ILHAM daripada Allah..yang Maha Esa dan Maha Mengetahui...








 
www.tips-fb.com

30.7.12

Jom Berkempen

Bismillahirrahmanirrahim♥ 


~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

Salam..

sempena bulan yang mulia ni..JSNY akan mengadakan KEMPEN MENUTUP AURAT..

jom pakat2 sokong kempen ni yer..especially Kent Muslim...



“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” [An Nur:31]


epppp..bukan muslimah je tau yang berkempen ni..muslimin pon mesti jugak berkempen menutup aurat..ingat, yang tertutup itu INDAH dah more awesome babe... :)


jangan ketinggalan, ada ceramah diadakan bertempat di Surau Nurul Yaqin :)



Selamat beramal dan Istiqamah yer....



 
www.tips-fb.com

24.7.12

kalau malu untuk meminang wanita dalam iddah....

Bismillahirrahmanirrahim♥ 


 ~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

Salam..

bila Ramadhan ni jom kita sama2 hayati terjemahan kalam Allah..

dalam juzuk 2..tertarik dengan ayat ni..

Dan tidak berdosa (jika) kamu meminang perempuan-perempuan (yang masih dalam ‘iddah itu) itu secara sindiran atau kamu sembunyikan dalam diri (hati) kamu. Allah mengetahui kamu terkenang-kenangkan perempuan-perempuan itu, tetapi janganlah kamu berjanji dengan mereka secara rahsia, sebaliknya ucapkanlah perkataan yang sopan. Dan janganlah kamu tentukan ikatan nikah sehingga sampai kepastian waktunya (habis ‘iddah). Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang ada dalam diri (hati) kamu masing-masing, oleh itu berhati-hatilah dengan-Nya (dengan Allah) dan ketahuilah Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun) lagi al-Halim (Maha Sopan).

maksud terjemahan ini pula:

Perempuan yang di dalam ‘iddah bukanlah seperti di dalam kuarantin. Peraturan ad-din mengambil kira naluri dan sifat manusia. Oleh itu tidak salah bagi seseorang lelaki mempunyai perasaan cinta terhadap perempuan yang masih di dalam ‘iddah. Lelaki tersebut boleh menyampaikan hasratnya secara sindiran dengan memberi ucapan yang baik. Tidak dibolehkan jika dibuat perjumpaan sulit dan diikat perjanjian untuk mengadakan perkahwinan secara rahsia. Walaupun secara dasarnya sudah ada persetujuan di antara kedua-dua belah pihak namun, sebelum tempuh ‘iddah tamat tidak dibolehkan melangsungkan akad nikah. 

 Allah mengingatkan bahawa Dia mengetahui apa yang ada di dalam hati manusia. Allah mengetahui perasaan cinta yang membara di dalam jiwa manusia, tetapi mereka hendaklah berwaspada, jangan terikut-ikut dengan kehendak hati. Jangan sampai perasaan cinta menyebabkan hati dan akal menjadi buta sehingga membelakangi peraturan Allah. Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Sopan. Allah menerima naluri manusia tetapi manusia hendaklah bersopan dalam mengendalikan tuntutan peribadinya. 




 
www.tips-fb.com

5.1.12

Belajar Bersyukur dengan Nikmat yang diberikan

Bismillahirrahmanirrahim♥ 
 ~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


Bersyukur dengan nikmat yang ada…
Syukur..apa erti syukur..?
Apa itu mensyukuri nikmat ??
Dan nikmat itu apa??


Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Kita sebagai hamba..wajib mensyukuri apa nikmat yang telah Allah kurniakan..

Ingat lima perkara sebelum lima perkara..
*       Nikmat sihat sebelum sakit
*       Nikmat lapang sebelum sempit
*       Nikmat kaya sebelum miskin
*       Nikmat muda sebelum tua
*       Nikmat hidup sebelum mati

Jangan disebabkan kita rasa kita sihat.kita sudah berada dalam zon selesa..Hanya Allah yang berkuasa atas setiap sesuatu..kita sebagai hambaNYa..sentiasalah berdoa dan  bersyukur dengan nikmat yang diberikan…


ü  Jika kita merasa kitalah yang paling miskin..ada lagi yang lebih miskin dari kita…
ü  Jika kita merasa diri kitalah yang paling berat dugaan..ada lagi yang lebih berat diuji oleh nya..
ü  Jika kita merasa diri kitalah susah..ada lagi yang lebih susah dari kita..

Dan jika kita rasa ujian yang kita lalui itu berat..janganlah kita sesekali lupa bahawa..dalam firman Allah, Ayat 286: Surah Al-Baqarah.  

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya.

Semakin Allah sayang kita..
semakin beratlah ujian yang diberi olehNya
kerna Allah ingin menguji tahap keimanan kita..wallahualam

pic credit to Dr.Cinta

 
www.tips-fb.com

4.1.12

Ada ke Takde??

Bismillahirrahmanirrahim♥ 


 ~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

Salammm~

sebelum tidur ni..sama2 lah kita muhasabah diri dulu..
apa yang kita buat hari ni..sepanjang 24 jam..untuk hari ni..

ada tak kita buat kebaikan utk orang lain..untuk diri sendiri..lillahi Ta'ala..
ada tak beramal jariah..tolong orang..berzikir kepada Allah...
ada tak baca Ayat-ayat cinta...kalimah Allah..
ada tak kita sedekah kat orang dgn niat ikhlas..
ada tak buat kerja niat kerana Allah..
ada ke takde??

lepastu..fikir balik...
ada tak kita buat jahat dengan orang hari ni..
ada tak kita buat orang sakit hati..
ada tak kita tinggal solat...
ada tak kita tak baca doa sebelum makan..
ada tak cakap kasar2..
ada ke takde??




pictures: credit to TUMBLR..
 
www.tips-fb.com

26.11.11

Salam Maal Hijrah 1433H

Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

Salammmm~


Salam Maal Hijrah...

1433 is our new Hijri year, May it be a year of peace, freedom and prosperity for the whole world...


luv,


www.tips-fb.com

8.8.11

Ramadhan oh Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~



Salam..










www.tips-fb.com

5.2.11

I asked for...

Bismillahirrahmanirrahim ♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


salam~

kali ini saya nak luah something boleh tak..just guna foto je ok..hmm..
setiap orang tak lari dari masalah kan..tapi..setiap masalah tu pulak,
ada jalan penyelesaiaannya..
Ingat..Innallaha maana..Sesungguhnya Allah bersama kita...







God gives you the people you need. To help, hurt, leave, love and make you the person you were meant to be..



www.tips-fb.com

22.1.11

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak? Dan memang Salah Kalau Lelaki Tak Tahu Nak Jadi Imam..!

Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


Salam~

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?




Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.cJangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi IMAM.




Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'QUEEN CONTROL'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!



jadi..kedua-dua pasangan hendaklah sama-sama bertolak ansur ya.. ^-^


www.tips-fb.com

Ini Tips Nak Nikah

Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

salam~
siapa yang berhasrat nak bernikah di sini???
sapa tak nak kan..dalam Islam pon ada menerangkan nikah itu adalah sunnah Rasulullah SAW

“Nikah itu adalah sunnatku, maka barangsiapa yang benci kepada sunnatku, nescaya telah membenci aku.”




Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BDAI MENIMPA DALAM RUMAH TANGGA 
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUNDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


Ya Allah... Jadikanlah hati ini sebagai hati yang selalu hanya cinta dan rindu akan rahmat dan kasih sayang-Mu. Dan jadikanlah rahmat dan kasih sayang-Mu sebagai naungan di dunia dan di akhiratku. Amiiin~


www.tips-fb.com

16.1.11

Tazkirah pagi


Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

salam..

apa kata hari ni kita mulakan pagi ahad kita ni dengan satu tazkirah..

orang kata tazkirah pagi2..

sama2 kita renungkan yer...:)

kita ada 10 hak yang perlu dijaga iaitu:

10 Hak Yang Perlu Dijaga

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. 
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT 
Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. 

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR 
Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR 
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) 
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. 

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) 
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. 

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) 
Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak. 

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) 
Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur keatas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. 

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW 
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT 
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


www.tips-fb.com

21.12.10

SMS oh SMS

Bismillahirrahmanirrahim...
~In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

SALAM ...



U all..pernah tak dapat sms forward2 dari kawan2 korang ka sapa2 la yang berbunyi macam ni??

Assalamualaikum..tlg jgn hps sms ini dari ibu Said (jurukunci Mekah) dia telah bermimpi, ketemu Muhammad rasulullah SAW. Dalam mimpi itu baginda berpesan kuatkan akidah dlm ibadah, kerana dunia sudah goyah dan tua, jangan tggl solat setiap waktu. tlg sebarkan sms ini ke 20 muslim InsyaAllah dalam jangka 10 hari anda kan mendapat rezeki besar dan bila tidak sebarkan maka anda menemukan kesulitan yang tiada henti2nya. Demi ALlah terbukti..

 pastu yang ini lagi..

Asslamualaikum..baca ayat ini dengan niat demi ALLAH..(saya bersumpah) saya akan kirimkan lafaz ini ke 9 orang kawan baik saya ataupun teman kalau tidak saya rela tidak berjaya untuk selamanya..AMIN..Maaf ya, saya juga mencari amal, kerana terlanjur baca demi Allah SWT.


Ya Allah..apakah motif sms ini disebarkan bagai virus epidemik seperti cendawan tumbuh di belakang rumah sahaja. ya, dalam Islam, tiada pun pernah di highlightkan bahawa kita disuruh untuk menentukan nasib seseorang itu dan  mendoakan  musibah melanda sesama sendiri apatah lagi Islam adalah agama yang tulus.


ayat yang dihantar dalam sms itu yang berbunyi
 dalam jangka 10 hari anda kan mendapat rezeki besar dan bila tidak sebarkan maka anda menemukan kesulitan yang tiada henti2nya. Demi Allah terbukti..?
bagaikan dia yang menentukan jika kita forward balik sms tu kita dapat rezeki yang banyak jika x forward dapat bala..seseungguhnya hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI..

jika kita fikir2kan..beruntungnya orang yang menyebarkan sms ini..kadang2 ini adalah trick semata2 untuk mengaut keuntungan pihak tertentu. coba kita fikir, kalau sorang 4ward 5 sms kpd kwannya, then, kawannya hantar lagi 5 kemudia begitulah hingga tak terkira, berapa banyak untung pihak tersebut dapat.Nahh, oleh itu, kita perlulah bijak dan jangan main forward ja ok lagipun bazir kredit ja..lainlah kalau sms tu berbaur mendoakan  sesama muslim..

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.               (Al-Huuraat:1)
 "Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan"(Al-Huuraat:18)


www.tips-fb.com

♥Macam-macam ada nie..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Copyright © Semua yang tercoret adalah hak milik ♛ Princess Cahaya Harapan ✿