~In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~
SALAM ...
U all..pernah tak dapat sms forward2 dari kawan2 korang ka sapa2 la yang berbunyi macam ni??
Assalamualaikum..tlg jgn hps sms ini dari ibu Said (jurukunci Mekah) dia telah bermimpi, ketemu Muhammad rasulullah SAW. Dalam mimpi itu baginda berpesan kuatkan akidah dlm ibadah, kerana dunia sudah goyah dan tua, jangan tggl solat setiap waktu. tlg sebarkan sms ini ke 20 muslim InsyaAllah dalam jangka 10 hari anda kan mendapat rezeki besar dan bila tidak sebarkan maka anda menemukan kesulitan yang tiada henti2nya. Demi ALlah terbukti..
pastu yang ini lagi..
Asslamualaikum..baca ayat ini dengan niat demi ALLAH..(saya bersumpah) saya akan kirimkan lafaz ini ke 9 orang kawan baik saya ataupun teman kalau tidak saya rela tidak berjaya untuk selamanya..AMIN..Maaf ya, saya juga mencari amal, kerana terlanjur baca demi Allah SWT.
Ya Allah..apakah motif sms ini disebarkan bagai virus epidemik seperti cendawan tumbuh di belakang rumah sahaja. ya, dalam Islam, tiada pun pernah di highlightkan bahawa kita disuruh untuk menentukan nasib seseorang itu dan mendoakan musibah melanda sesama sendiri apatah lagi Islam adalah agama yang tulus.
ayat yang dihantar dalam sms itu yang berbunyi
dalam jangka 10 hari anda kan mendapat rezeki besar dan bila tidak sebarkan maka andabagaikan dia yang menentukan jika kita forward balik sms tu kita dapat rezeki yang banyak jika x forward dapat bala..seseungguhnya hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI..menemukan kesulitanyang tiada henti2nya. Demi Allah terbukti..?
jika kita fikir2kan..beruntungnya orang yang menyebarkan sms ini..kadang2 ini adalah trick semata2 untuk mengaut keuntungan pihak tertentu. coba kita fikir, kalau sorang 4ward 5 sms kpd kwannya, then, kawannya hantar lagi 5 kemudia begitulah hingga tak terkira, berapa banyak untung pihak tersebut dapat.Nahh, oleh itu, kita perlulah bijak dan jangan main forward ja ok lagipun bazir kredit ja..lainlah kalau sms tu berbaur mendoakan sesama muslim..
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Huuraat:1)
"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan"(Al-Huuraat:18)

SMS oh SMS


