Showing posts with label iluvislam~. Show all posts
Showing posts with label iluvislam~. Show all posts

4.1.14

Bila AJAL menjemput

Bismillahirrahmanirrahim♥ 

 ~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah kita berjumpa lagi di tahun 2014 ini..

ini tinta saya yang pertama dan pembuka POST saya bagi tahun 2014...



nampak perkataan AJAL pada tajuk post...macam takut je kan..ya, saya pon takut bila AJAL dan MAUT menjemputku..tapi kita kenalah terima hakikat bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI..bila, di mana dan bagaimana cara MALAIKAT IZRAIL mencabut nyawa itu URUSAN ALLAH...

saya terbuka hati untuk menulis post hari ini bila mendapat berita salah seorang daripada adek PSS menemui ajalnya ketika tidur..Allahu..Alfatihah...walaupun tak kenal an arwah...hanya mengenali nama dan jawatannya namun saya terkilan kerana arwah masih muda dan dikhabarkan meninggal semasa tidur..nampak kan, AJAL itu tidak mengenal USIA...terus dalam hati ini tertanya.. "Bilakan masa aku itu?" 

aku belum bersedia, ya Allah...
ampunilah khilafku...



Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu



Ya ALLAH, matikanlah aku dalam HUSNUL KHATIMAH...




 
www.tips-fb.com

16.10.11

Andai aku tulang rusukmu yang hilang...

Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~







Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang...
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku....
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku...
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah....
Tegurlah aku dengan kata-katamu 
yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa...
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana…


Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang  selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
:Buat bakal imam Ku:

source:http://pakarcinta.com/blog/andai-aku-adalah-tulang-rusuk-mu-yang-hilang/




www.tips-fb.com

29.6.11

Rejab bulan persediaan Ramadhan..

Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

Assalam....

"Isra' Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Pada bulan tersebut, Rasulullah SAW kehilangan ramai orang tersayang. Ini menyebabkan baginda berdukacita. Jadi bagi menghilangkan kesedihan di hati nabi, Dia menjemputnya datang berjumpa dengan-Nya. Ini membuatkan rasa sedih itu terhenti,"



Dalam peristiwa Isra' Mikraj, Jibril membawa Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin dan kemudian ke Sidratul Muntaha dengan menunggang Buraq. Hal ini diceritakan oleh Allah menerusi firman-Nya dalam surah Al Israak ayat 1 yang bermaksud:"Maha Suci (Tuhan) yang memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang amat jauh (Batul-makdis), yang telah kami berkati sekelilingnya, supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami."

Puasa pada 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun,kerana kebesaran ISRAK-MIKRAJ..

jom berpuasa sunat Rejab ... ^^ 

sumber: ILUVISLAM 


www.tips-fb.com

27.4.11

Allah won't ASK you..


Bismillahirrahmanirrahim ♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

salam~

Someone sent me this…




ALLAH WON’T ASK

1. Allah won’t ask what kind of car you drove, but will ask how many people
you drove who didn’t have   transportation.

2. Allah won’t ask what your highest salary was, but will ask if you
compromised your character or morals  to obtain that salary.

3. Allah won’t ask the square footage of your house, but will ask how many
people you welcomed into your home.

4. Allah won’t ask about the fancy clothes you had in your closet, but will
ask how many of those clothes  helped the needy.

5. Allah won’t ask about your social status, but will ask what kind of class
you displayed.

6. Allah won’t ask how many material possessions you had, but will ask if
they dictated your life.

7. Allah won’t ask how much overtime you worked, but will ask if you worked
overtime for your family and  loved ones.

8. Allah won’t ask how many promotions you received, but will ask how you
promoted others.

9. Allah won’t ask what your job title was, but will ask if you performed
your job to the best of your ability.

10. Allah won’t ask what you did to help yourself, but will ask what you did
to help others.

11. Allah won’t ask how many friends you had, but will ask how many people
to whom you were a true friend.

12. Allah won’t ask what you did to protect your rights, but will ask what
you did to protect the  rights of others.

13. Allah won’t ask in what neighborhood you lived, but will ask how you
treated your neighbors.

14. Allah won’t ask about the color of your skin, but will ask about the
content of your character.

15. Allah won’t ask how many times your deeds matched your words, but will
ask how many times they didn’t.




Don’t ask what Allah has done for you, but ask what you’ve done for Allah

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: “Rasulullah bersabda : “Siapa saja yangdikehendaki Allah menjadi orang baik, maka diberikan cubaan kepadanya.” (HR.Bukhari)

sykran yer... :]

Ok..jangan malu2 untuk kelik2 saya punya HeartBeat ok..




www.tips-fb.com

16.3.11

Rahsia Bismillah Enam..apa Bimillah enam itu??

Bismillahirrahmanirrahim ♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..

Rahsia Bismillah Enam


  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezekinya.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fatihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dan urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah. InsyaAllah...Wallahualam..





Ok..jangan malu2 untuk kelik2 saya punya HeartBeat ok..



www.tips-fb.com

15.3.11

Mudahnya wanita jatuh cinta..aigooo..

Bismillahirrahmanirrahim ♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful



Salam..izinkan ana bercoret-coretan malam ini..aha..

wanita..ladies..girls..nisa'..women..puan..cik..mrs..madam..dalam konsep yang sama..itulah galaran bagi seorang wanita..termasuklah saya..alangkah indahnya bergelar wanita..orang kata wanita insan yang lemah..ah..mana ada..wanitalah yang paling berani kerana melahirkan seorang manusia di muka bumi ini..tapi..tanpa insan bergelar lelaki juga tidak lengkap..oleh itu, adam dan hawa saling melengkapi..gagahnya seorang lelaki..beraninya seorang wanita..


wanita..
mudahnya wanita jatuh cinta..
cinta pada pandangan pertama..
bukan mudah terpedaya..tapi mudah menerima cinta..
dan sukar melupakannya..

wanita..
mudahnya jatuh cinta..
pabila melihat barang yang disukanya..
terus "see and grab" katanya..

wanita..
mudahnya jatuh cinta...
sukanya pada kanak-kanak..
naluri sifat keibuan ada padanya..

wanita..
mudahnya jatuh cinta..
tak dapat melihat orang lain susah daripadanya..
senang menghulurkan bantuan kepada yang empunya.

wanita..
janganlah mudah jatuh cinta..
jika belum masanya..
pada yang bukan berhak baginya..



alangkah indahnya..
wanita mudah jatuh cinta..
pada jalan Tuhan yang Esa..
kerna Dia yang Maha Kuasa..

Dan (Dialah) yang menyatukan di antara hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Surah Al-Anfal: 63)


original by ♥cahayaharapan
pictures by http://www.deviantart.com/..tq~


Ok..jangan malu2 untuk kelik2 saya punya HeartBeat ok..


www.tips-fb.com

14.3.11

wanita disegerakan bernikah...

Bismillahirrahmanirrahim ♥


~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Salam,,,

untuk pengetahuan...bernikah bagi wanita perlu disegerakan..sebab..ianya termasuk dalam 5 perkara wajib yang perlu disegerakan..ni buktinya..



Dari Hatim Al-Asam: 'Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat', maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW:

PERTAMA,
Pabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu, WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan.
KEDUA,
Pabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut.
KETIGA,
Pabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang, WAJIBlah bagi kamu untukmengahwinkannya.
KEEMPAT,
Pabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun, WAJIBlah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala sampai masanya.
KELIMA,
Pabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah SWT, WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya.

sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1842-5-perkara-yang-wajib-disegerakan.html


Ok..jangan malu2 untuk kelik2 saya punya HeartBeat ok..


www.tips-fb.com

14.2.11

♥ يا رسول الله, يا حبيب الله

Bismillahirrahmanirrahim ♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~






salam~
Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Rasulullah SAW bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidul Rasul dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran al-Karim dan berceramah mengenai sirah baginda SAW ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap baginda SAW.
Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1432 H / 2011 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda SAW dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Tulisan ini sama sekali tidak akan membahaskan hukum menyambut Sambutan Maulidur Rasul SAW kerana persoalan ini terlalu kerap dibahaskan pelbagai pihak saban tahun dan ia adalah masalah khilafiyyah yang tidak akan selesai hingga Kiamat.
Oleh itu, di kesempatan ini, saya ingin mengambil sedikit ruang untuk menceritakan dan ingin mengingatkan beberapa perkara yang mungkin ada di kalangan kita yang terlupa tentang Rasulullah SAW. Semoga tulisan ringkas ini mendapat manfaatnya. InsyaAllah.
KEPUTERAAN RASULULLAH SAW
Adapun nasab keturunan baginda SAW adalah: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Dikatakan bahawa nasib baginda SAW ini sampai kepada Nabi Ismail AS.
Nabi Muhammad SAW lahir pada tahun Gajah iaitu tahun tentera Abrahah melanggar masuk untuk menyerang dan menawan kota Makkah. Namun percubaan untuk menawan Kaabah ini menemuni jalan kegagalan apabila Allah Taala menghantar sekumpulan burung Ababil untuk memusnahkan angkatan tentera Abrahah itu dalam sekelip mata sahaja. Mengikut pendapat yang paling hampir bahawa baginda SAW telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun itu (terdapat juga beberapa pendapat lain lagi).
Baginda SAW adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat ketika usia baginda SAW dua bulan dalam kandungan ibunya. Setelah dilahirkan baginda SAW dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib kemudian disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Bani Saad Bakri.
Kampung Bani Saad pada ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Setelah sampai Nabi Muhammad SAW untuk menyusu maka kampung tersebut berubah dari sebuah kampung yang tandus kepada sebuah kampung yang subur lagi menghijau. Di kampung ini jugalah baginda SAW telah dibedah perut oleh malaikat ketika usia baginda lima tahun. Ini adalah di antara keberkatan dan mukjizat baginda SAW yang telah dikurniakan oleh Allah Taala.
Ibu baginda SAW telah wafat ketika usia baginda enam tahun. Ini menyebabkan baginda SAW menjadi yatim piatu. Kemudian baginda dipelihara dan dididik pula oleh datuknya Abdul Mutalib sehingga usia baginda lapan tahun. Setelah datuknya meninggal dunia baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.
RASULULLAH SAW UTUSAN ALLAH TAALA
Rasulullah SAW merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah SAW tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasul-Nya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran al-Karim ataupun al-Hadis antaranya:
Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).
Oleh itu, sebagai tanda kita mengimani dan mencintai Rasulullah SAW, beberapa perkara yang akan saya nyatakan di bawah ini boleh dijadikan pegangan kita:
BERADAB DENGAN RASULULLAH SAW
Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasul-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).
Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah SAW) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).
MENTAATI RASULULLAH SAW
Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah SAW) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).
Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).
Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).
BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW
Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).
MENGASIHI RASULULLAH SAW
Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH SAW
Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasul-Nya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).
PENUTUP
Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda SAW hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah SAW sepenuh jiwa. Akhir sekali, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul SAW 1432 H / 2011 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda SAW pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.
Wallahualam...



www.tips-fb.com

♥Macam-macam ada nie..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Copyright © Semua yang tercoret adalah hak milik ♛ Princess Cahaya Harapan ✿