25.4.11

Jangan engkau kahwini wanita yang enam...enam itu adalah...


Bismillahirrahmanirrahim ♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..


Nasihat Imam Al-Ghazali

Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah”.

  • Wanita Ananah 
Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
  • Wanita Mananah 
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan; “Aku membuat itu keranamu”.
  • Wanita Hananah 
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
  • Wanita Hadaqah 
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
  • Wanita Baraqah 
Terdapat dua makna; pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.
  • Wanita Syadaqah 
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

nauzubillah..doa mohon kepada Allah agar kita tidak tergolong dalam kategori wanita enam itu...amiin..Ya Rabb..




Ok..jangan malu2 untuk kelik2 saya punya HeartBeat ok.






www.tips-fb.com

2 sayang saya♥:

Ct Nur Azreen said...

Makseh share deng !!!!!! informasi nok sgt terbaek !

^cahaya_harapan91^ said...

sama2 cyg...:)

Post a Comment

♥Macam-macam ada nie..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Copyright © Semua yang tercoret adalah hak milik ♛ Princess Cahaya Harapan ✿