Bismillahirrahmanirrahim♥
~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~
Assalamualaikum semua...
di pagi Jumaat yang barakah ni rajin pulok nak hapdet belog ni..sebelum tu jom kita berselawat ke atas Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW...tak lama lagi nak sambut Maulidurrasul kan..
TAHUN 2014...
apa ada pada tahun ni?
apa plan korang untuk tahun 2014 ni?
tahun ni, saya officially menjadi pelajar tahun akhir, iaitu bergelar pelajar semester 7 di IPG Kampus Kent...ada satu lagi Semester 8 lagi tinggal..Allah, cepatnya masa berlalu kan..Alhamdulillah, kami semester 7 masih dibenarkan untuk tinggal di asrama. Sepatutnya bagi semester 7 dan 8 memang kena suruh tinggal luar. Kami sangat beruntung kerana kami semester ini masih layak menghuni di asrama. Kalau tak terpaksa mencari rumah sewa sudahlah kos sara hidup sekarang ni makin meningkat kalau mengharapkan elaun satu semester memang cukup-cukup makan atau terpaksalah mengikat perut... Syukur, Allah permudahkan urusan kami untuk masih stay. Cuma semester depan kami masih belum pasti lagi keputusan adakah masih stay atau tidak? sebab bergantung kepada ambilan pelajar baharu dan perpindahan ke IPG baru..
Seperti senior2 sebelum ni, pelajar tahun akhir sangat sibuk tahap kebiziannya sangatlah tinggi..nah...cam seram jer, cam takut jer...rileks...Insyaallah, semoga Allah permudahkan...