13.12.09

AdAKAh INi CInTA??





Jatuh… C.I.N.T.A

Bila anda bersama si dia, anda berpura-pura tak

pedulikannya. Tapi bila si dia tiada di sisi,

anda akan melihat sekeliling mencari kelibatnya.

Waktu itu, anda telah jatuh cinta.

Walaupun orang lain sedang membuat anda ketawa,

anda hanya menumpukan perhatian terhadap si dia.

Waktu itu anda telah jatuh cinta.

Walaupun si dia sepatutnya menghubungi anda

memberitahu dia telah selamat tiba, tapi telefon

anda tidak berdering, dan anda ingin sangat-

sangat menerima panggilan daripadanya, waktu itu

anda telah jatuh cinta.

Jika anda lebih berminat membaca mail ringkas

daripada si dia berbanding mail panjang berjela

daripada orang lain, anda telah jatuh cinta.

Bila anda terpaksa memadamkan pesanan dari mesin

menjawab panggilan tetapi anda tak sanggup

memadamkan pesanan daripada si dia, anda telah

jatuh cinta.

Bila anda mendapat dua keping tiket wayang, dan

anda tak dapat mengelak untuk memikirkan si dia,

waktu itu anda telah jatuh cinta.

Anda kerap memberitahu diri anda bahawa dia hanyalah

kawan biasa, tapi anda menyedari anda tak dapat

menghalang daripada tertarik kepadanya, waktu

itu anda telah jatuh cinta.

Sewaktu anda membaca rencana ini, jika seseorang

muncul di fikiran anda, maknanya anda telah

jatuh cinta dengannya

Betul tak??…huhu…:P

www.tips-fb.com

0 sayang saya♥:

Post a Comment

♥Macam-macam ada nie..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Copyright © Semua yang tercoret adalah hak milik ♛ Princess Cahaya Harapan ✿