~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
salam..semua..seperti dalam entry lepas..ENTRY ini sila tekan..
sekarang..talian untuk kursus perguruan lepasan SPM iaitu KPLSPM sedang dibuka..baru je tdi..cepat2 beli no. pin..sapa2 yg berminat tu jangan lepaskan peluang..beli untuk adik ke..kazan mazen ke..mai pakat ramai2 noe..
antara program yang ditawarkan adalah:
| A. | Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) : . Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian) | |
| B. | Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara : . Fizik. Kimia. Biologi . Matematik. Pendidikan Khas. Bahasa Cina | |
| C. | Program Kembar Bahasa Perancis : . Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language | |
| D. | Program Kembar Bahasa Jerman : . Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan | |
| 1. | SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS | ||
| 1.1 | Warganegara Malaysia. | ||
| 1.2 | Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991. | ||
| 1.3 | Calon hendaklah sihat fizikal dan mental. | ||
| 1.4 | Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum. | ||
| 1.5 | Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran. | ||
| DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut : | |||
| 1.5.1 Bahasa Melayu | |||
| 1.5.2 Sejarah | |||
| 1.5.3 Satu mata pelajaran yang lain serta ; | |||
| 1.5.4 lulus Bahasa Inggeris | |||
| 1.6 | Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan). | ||
| 2. | PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN | ||
| 2.1 | Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) | ||
| 2.1.1 | Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah. | ||
| 2.1.2 | Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. | ||
| 2.1.3 | Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. | ||
| 2.2 | Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara | ||
| 2.2.1 | Program ini ditawarkan kepada calon-calon lepas SPM yang menepati syarat asas dan syarat tambahan yang ditetapkan bagi mengikuti program Ijazah Pertama di universiti terkemuka di luar negara dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Pendidikan Khas dan Bahasa Cina. | ||
| 2.2.2 | Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7 cemerlang termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. | ||
| 2.3 | Program Kembar Bahasa Perancis | ||
| 2.3.1 | Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sekurang-kurangnya Delf 1. | ||
| 2.4 | Program Kembar Bahasa Jerman | ||
| 2.4.1 | Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman.. | ||
for more information..sila layari laman web INI
All da best u all...
Ok..jangan malu2 untuk kelik2 saya punya HeartBeat ok..






1 sayang saya♥:
wahhh... lagu kat blog best
Post a Comment