~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~
Diriwayatkan dari sebuah kitab, terdapat
seorang wanita pembakar roti di zaman Nabi Isa (A.S.).
Suatu hari sedang
wanita tersebut membakar roti maka berkumandanglah panggilan untuk menyembah
ALLAH SWT. Wanita tersebut dengan bingkas bangun dan meninggalkan roti yang sedang dibakar semata-mata untuk
mengadap ALLAH SWT yang Maha Besar.
Dengan hati yang
penuh bimbang dan mengharap, wanita itu telah menyembahkan diri di hadapan Tuhan yang Agung. Ketika itu datanglah syaitan yang menyamar seperti seorang perempuan dan berkata kepada wanita itu "Sudah hangus agaknya roti
engkau di tempat pembakaran". Jawab wanita itu "Tuhan lebih baik dari roti
itu." Syaitan berasa sangat putus asa kerana tidak berjaya menggoda wanita itu. Lalu syaitan
itu mengambil anak wanita tersebut dan dicampakkannya ke dalam bara api.
Tidak lama kemudian, suami wanita itu masuk dan didapatinya anaknya sedang bermain main dengan bara api. Melihatkan
kejadian yang pelik itu, suami wanita itu terus pergi
berjumpa Nabi Isa (AS) dan menceritakan segala yang terjadi. Nabi Isa (AS) berkata "Bawa daku kepada anakmu".
Setelah Nabi Isa
(AS) melihat kanak kanak tersebut sedang bermain main dengan bara api
maka beliau berasa amat takjub. Lebih lebih lagi di celah celah bara api itu tumbuh sebatang pohon delima
dengan buahnya dan kanak kanak itu menghisap buahnya. Bara api itu
pun bertukar menjadi batu batu permata iaitu aked dan
lukluk. Kanak-kanak itu bermain main dengan gembira dengan batu batu permata
itu.
Lalu Nabi Isa (AS) menyuruh membawa isteri lelaki itu untuk mendapat kepastian. "Apakah pekerjaan yang kamu telah lakukan sehingga ALLAH SWT
memuliakan kamu dengan kemulian ini?" Jawab wanita itu "Aku selalu
mengamalkan tiga perkara di dalam hidupku.
§ Pertama, wuduk tidak pernah hilang daripada diriku melainkan aku memperbaharuinya
kembali apabila batal.
§ Kedua, aku selalu memikirkan orang mati
diusung oleh orang hidup di kubur. Aku juga akan menemui nasib seperti mereka
suatu hari nanti.
§ Ketiga, hajat manusia akan aku cuba capaikan sedaya upayaku
semata-mata untuk mencapai keredhaan di sisi ALLAH SWT."
Setelah Nabi Isa (A.S.) mendengar
kata kata wanita tersebut, maka beliau berkata "Inilah warisan para anbiya dan jikalau
kamu lelaki nescaya aku akan naik saksi bahawasanya
kamu adalah seorang Nabi. Tapi tidak ada nabi untuk perempuan.





1 sayang saya♥:
menarik cite ni.. baik utk tauladan. tq.. :)
Post a Comment