11.4.12

#WW: biarlah dulu...

Bismillahirrahmanirrahim♥


 ~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~




 
www.tips-fb.com

10.4.12

Baucer 200 habis kat mana??

Bismillahirrahmanirrahim♥

 ~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

Salam...

long time no hapdet2 this belog rite?ngeeee

so ngegeh disitu..

bercakap sal baucer 1Malaysia ni kan..budak IPG kemain geram coz before ni orang ckp student IPG xlayak dapat Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) ni yang bernilai RM200.. sebabnyee dah dapat elaun buku..but its not fair la kan..coz kte SATU Malaysia..harusla sama2 sume dapat..wihuuu..berfalsafah disitu..

luckily, masa perhimpunan HEP awal bulan aritu...KJ HEP mengumumkan bahawasanya Pelajar IPG layak menerima BB1M..ohh, yeah.. xkire la sepenuh masa ka, KPLI ka, GSTT ke, sume laa.. ALHAMDULILLAH.. rezeki ...syukur Ya Rabb..


dalam otak ni, kemain berfikir nak beli buku apa..ehekssss..list down trus okayyyyy..



jeng..jengggg...nak tau buku apa yang dah dibeli an baucer tuuuuu..




 ni minggu lepas punyerrrrr...dapat2 baucer petang tu terus p KK..ehekssss..
RM 50 dihabiskan so tinggal la baucer RM 150

buku tu semua beli kat kedai buku POPULAR




yang ni pulak RM 100 dihabiskan di Golden Book Shop dalam Wisma Muis..

seriussss! buku2 agama kat sana byk pilihan dan  sangat bessttt!

memang baucer buku ni habiskan an buku-buku agama so, 

dapatla mendalami lebih dalammmm lagi ilmu tu..

memang ada belajar tapi tak semua kta ingat dan amalkan ..ye x?


so, now, baucer tinggal rm 50 nak beli liminating paper n transparent cover kat Lowest..teheee..

korang pulak beli apa dengan baucer tu??

SHARE lerrr..hewhewww.. :)



 
www.tips-fb.com

3.4.12

Kisah wanita pembakar roti....

Bismillahirrahmanirrahim♥

 ~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


WANITA PEMBAKAR ROTI




Diriwayatkan  dari  sebuah  kitab, terdapat seorang wanita pembakar roti di zaman Nabi Isa (A.S.).
Suatu hari sedang wanita tersebut membakar roti maka berkumandanglah panggilan untuk menyembah ALLAH SWT. Wanita tersebut dengan bingkas  bangun  dan  meninggalkan  roti  yang sedang dibakar semata-mata untuk mengadap ALLAH SWT yang Maha Besar.

Dengan hati yang penuh bimbang dan mengharap, wanita itu telah menyembahkan diri  di  hadapan  Tuhan  yang  Agung.  Ketika  itu  datanglah syaitan yang menyamar  seperti  seorang  perempuan  dan berkata kepada wanita itu "Sudah hangus agaknya roti engkau di tempat pembakaran". Jawab  wanita  itu  "Tuhan lebih baik dari roti itu." Syaitan berasa sangat putus  asa  kerana  tidak  berjaya  menggoda  wanita  itu. Lalu syaitan itu mengambil  anak wanita tersebut dan dicampakkannya ke dalam bara api.

Tidak lama  kemudian,  suami  wanita  itu  masuk  dan  didapatinya anaknya sedang bermain  main  dengan  bara  api. Melihatkan kejadian yang pelik itu, suami wanita  itu terus pergi berjumpa Nabi Isa (AS) dan menceritakan segala yang terjadi.  Nabi Isa (AS) berkata "Bawa daku kepada anakmu".

Setelah Nabi Isa (AS)  melihat kanak kanak tersebut sedang bermain main dengan bara api maka beliau berasa amat takjub. Lebih  lebih  lagi di celah celah bara api itu tumbuh sebatang pohon delima dengan  buahnya  dan  kanak  kanak  itu menghisap buahnya. Bara api itu pun bertukar  menjadi  batu batu permata iaitu aked dan lukluk. Kanak-kanak itu bermain main dengan gembira dengan batu batu permata itu.

 Lalu  Nabi  Isa  (AS)  menyuruh  membawa  isteri  lelaki itu untuk mendapat kepastian.  "Apakah  pekerjaan  yang  kamu telah lakukan sehingga ALLAH SWT memuliakan kamu dengan kemulian ini?" Jawab wanita itu "Aku selalu mengamalkan tiga perkara di dalam hidupku.
§   Pertama,   wuduk   tidak   pernah  hilang  daripada  diriku  melainkan aku memperbaharuinya kembali apabila batal. 
§   Kedua,  aku selalu memikirkan orang mati diusung oleh orang hidup di kubur. Aku juga akan menemui nasib seperti mereka suatu hari nanti.
§   Ketiga,  hajat  manusia  akan  aku cuba capaikan sedaya upayaku semata-mata untuk mencapai keredhaan di sisi ALLAH SWT."
Setelah  Nabi  Isa  (A.S.) mendengar kata kata wanita tersebut, maka beliau berkata  "Inilah  warisan  para  anbiya dan jikalau kamu lelaki nescaya aku akan  naik  saksi bahawasanya kamu adalah seorang Nabi. Tapi tidak ada nabi untuk perempuan.





 
www.tips-fb.com

♥Macam-macam ada nie..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Copyright © Semua yang tercoret adalah hak milik ♛ Princess Cahaya Harapan ✿