16.1.11

THE CHOICE...

Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

Salam...
malam ni kita stoli pasal makanan nak?
hari Jumaat tu kebetulan free dan si Anis ni nak balek..
dengan hati yang suke suki ajaklah ct tolong hantar Anis p terminal bus..
then, both of us..decide nak membeli belah ckit preparation for BIG..
apa itu BIG..big itu besar la..
nak tahu? tunggu entry akan datang ya..

dah sampai di ONe BorNeo..turun ja dari kereta hujan dah..
dah parking jaoh macam menyeberangi laut cina selatan ja jaohnya..
guna Hiperbola di situ..ahakxx..destinasi pertama harus la p Bank..
xdok cash kat purse..hehe,,maklum la ..elaun lom kua ag.
then, cik ct pulak merungut kelaparan..

ct      :  nak makan mana ni?
saya  :  ntah:mana2 ja..p nak try The Choice..orang kate situ sedap nasi beriyani..mengidam la..
ct      :  xnak SCR?
saya  :  umm..mana2..
ct      :  ekot awak ja ni..
saya  :  umm,,ok la..the choice la..

last2..THE CHOICE jugak jadi pilihan..:)



Nasi Beriyaniku..



Nasi Beriyani+Kari Ayam+MIlo Ice~


masa makan2 tue..
banyak benda yang diborak sampai tak sedar habis makanan dah..
Nasi Beriyani dia sedap..bole bagi 4 bintang la..
kalau nak datang pon x rugi ..
harga pon berpatutan..sama ja an kedai biasa..berbaloi2..
Alhamdulillah..kenyang..kn ct~

TQ ct..temankan saya survey2 barang ..heheh..love u..alahai maka roomate..saja..                lenkali kita jenjalan ag ar..
www.tips-fb.com

Tazkirah pagi


Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

salam..

apa kata hari ni kita mulakan pagi ahad kita ni dengan satu tazkirah..

orang kata tazkirah pagi2..

sama2 kita renungkan yer...:)

kita ada 10 hak yang perlu dijaga iaitu:

10 Hak Yang Perlu Dijaga

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. 
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT 
Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. 

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR 
Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR 
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) 
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. 

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) 
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. 

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) 
Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak. 

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) 
Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur keatas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. 

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW 
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT 
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


www.tips-fb.com

Allah benci orang menguap??

Bismillahirrahmanirrahim♥

~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


salam sahabat2 sekalian...
Ada hadis yg diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Tarmizi yg berbunyi,Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yg bersin, dan membenci orang-orang yg menguap.Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yg demikian itu drpd syaitan yg mentertawakan kamu.” Makruh klau kita mengangkat suara...





 Diriwayatkan oleh al-Bukhari drpd Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda: 


“Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yg bersin, dan membenci orang-orang yg menguap.Maka apabila seseorang kamu bersin,lalu dia mengucapkan ‘Alhamdulillah’,maka adalah hak atas setiap Muslim yg mendengarnya mengucapkan ‘Yarhamukallah’.Adapun menguap itu adalah drpd syaitan.Maka apabila seseorang kamu menguap,hendaklah dia menahannya sekadar termampu.Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap,syaitan akan mentertawakannya.”



Kalau nak menguap betul2 jangan pulak lupa tutup mulut dengan tangan...
Diriwayatkan olh Muslim drpd Abu Said al-Khudri r.a.,Rasulullah SAW bersabda:


"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan msuk (melalui mulut yg terbuka)"







sumber: FB by http://honeyofislam.blogspot.com/ 
www.tips-fb.com

♥Macam-macam ada nie..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Copyright © Semua yang tercoret adalah hak milik ♛ Princess Cahaya Harapan ✿