Bismillahirrahmanirrahim♥
~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~
Salam..
bila Ramadhan ni jom kita sama2 hayati terjemahan kalam Allah..
dalam juzuk 2..tertarik dengan ayat ni..
Dan tidak berdosa (jika) kamu meminang perempuan-perempuan (yang masih dalam ‘iddah itu) itu secara sindiran atau kamu sembunyikan dalam diri (hati) kamu. Allah mengetahui kamu terkenang-kenangkan perempuan-perempuan itu, tetapi janganlah kamu berjanji dengan mereka secara rahsia, sebaliknya ucapkanlah perkataan yang sopan. Dan janganlah kamu tentukan ikatan nikah sehingga sampai kepastian waktunya (habis ‘iddah). Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang ada dalam diri (hati) kamu masing-masing, oleh itu berhati-hatilah dengan-Nya (dengan Allah) dan ketahuilah Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun) lagi al-Halim (Maha Sopan).
maksud terjemahan ini pula:
Perempuan yang di dalam ‘iddah bukanlah seperti di dalam kuarantin. Peraturan ad-din mengambil kira naluri dan sifat manusia. Oleh itu tidak salah bagi seseorang lelaki mempunyai perasaan cinta terhadap perempuan yang masih di dalam ‘iddah. Lelaki tersebut boleh menyampaikan hasratnya secara sindiran dengan memberi ucapan yang baik. Tidak dibolehkan jika dibuat perjumpaan sulit dan diikat perjanjian untuk mengadakan perkahwinan secara rahsia. Walaupun secara dasarnya sudah ada persetujuan di antara kedua-dua belah pihak namun, sebelum tempuh ‘iddah tamat tidak dibolehkan melangsungkan akad nikah.
Allah mengingatkan bahawa Dia mengetahui apa yang ada di dalam hati manusia. Allah mengetahui perasaan cinta yang membara di dalam jiwa manusia, tetapi mereka hendaklah berwaspada, jangan terikut-ikut dengan kehendak hati. Jangan sampai perasaan cinta menyebabkan hati dan akal menjadi buta sehingga membelakangi peraturan Allah. Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Sopan. Allah menerima naluri manusia tetapi manusia hendaklah bersopan dalam mengendalikan tuntutan peribadinya.
