15.3.14

MAC semalam....

Bismillahirrahmanirrahim♥ 

 ~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

Salam semua...

rindu nak berblogging sebenarnya, namun apakan daya, jari jemari ini semakin lemah untuk menekan keyboard..walapun banyak yang nak dikongsi bersama...

untuk pengetahuan rakan blogger semua, tahun lepas memang tahun yang sangat TOUGH bagi saya, Allahu, Hanya ALLAH sahaja tau perasaan saya dan apa yang telah saya lalui,,ya, itu semua UJIAN daripadaNYA dan saya haruslah REDHA dengan ketentuan ILAHI...


kini, baru ku tahu perasaan kehilangan orang yang kita paling sayang dalam hidup..
semua itu hanyalah pinjaman daripada ALLAH...

15 Mac 2013-15 Mac 2014
genap setahun
AL-FATIHAH...
semoga Ayah ditempatkan bersama dalam kalangan Ahli Jannah..aminn

 
www.tips-fb.com

16.1.14

Officially PISMP PAI Semester 7

Bismillahirrahmanirrahim♥

 ~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


Assalamualaikum semua...

di pagi Jumaat yang barakah ni rajin pulok nak hapdet belog ni..sebelum tu jom kita berselawat ke atas Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW...tak lama lagi nak sambut Maulidurrasul kan..

TAHUN 2014...

apa ada pada tahun ni?

apa plan korang untuk tahun 2014 ni?

tahun ni, saya officially menjadi pelajar tahun akhir, iaitu bergelar pelajar semester 7 di IPG Kampus Kent...ada satu lagi Semester 8 lagi tinggal..Allah, cepatnya masa berlalu kan..Alhamdulillah, kami semester 7 masih dibenarkan untuk tinggal di asrama. Sepatutnya bagi semester 7 dan 8 memang kena suruh tinggal luar. Kami sangat beruntung kerana kami semester ini masih layak menghuni di asrama. Kalau tak terpaksa mencari rumah sewa sudahlah kos sara hidup sekarang ni makin meningkat kalau mengharapkan elaun satu semester memang cukup-cukup makan atau terpaksalah mengikat perut... Syukur, Allah permudahkan urusan kami untuk masih stay. Cuma semester depan kami masih belum pasti lagi keputusan adakah masih stay atau tidak? sebab bergantung kepada ambilan pelajar baharu dan perpindahan ke IPG baru..

Seperti senior2 sebelum ni, pelajar tahun akhir sangat sibuk tahap kebiziannya sangatlah tinggi..nah...cam seram jer, cam takut jer...rileks...Insyaallah, semoga Allah permudahkan...





 
www.tips-fb.com

4.1.14

Bila AJAL menjemput

Bismillahirrahmanirrahim♥ 

 ~In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah kita berjumpa lagi di tahun 2014 ini..

ini tinta saya yang pertama dan pembuka POST saya bagi tahun 2014...



nampak perkataan AJAL pada tajuk post...macam takut je kan..ya, saya pon takut bila AJAL dan MAUT menjemputku..tapi kita kenalah terima hakikat bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI..bila, di mana dan bagaimana cara MALAIKAT IZRAIL mencabut nyawa itu URUSAN ALLAH...

saya terbuka hati untuk menulis post hari ini bila mendapat berita salah seorang daripada adek PSS menemui ajalnya ketika tidur..Allahu..Alfatihah...walaupun tak kenal an arwah...hanya mengenali nama dan jawatannya namun saya terkilan kerana arwah masih muda dan dikhabarkan meninggal semasa tidur..nampak kan, AJAL itu tidak mengenal USIA...terus dalam hati ini tertanya.. "Bilakan masa aku itu?" 

aku belum bersedia, ya Allah...
ampunilah khilafku...



Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu



Ya ALLAH, matikanlah aku dalam HUSNUL KHATIMAH...




 
www.tips-fb.com

♥Macam-macam ada nie..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Copyright © Semua yang tercoret adalah hak milik ♛ Princess Cahaya Harapan ✿